MAIS TERIMA LAWATAN KHSB – Teroka Peluang Kerjasama Berkaitan Hartanah MAIS

MAIS TERIMA LAWATAN KHSB – Teroka Peluang Kerjasama Berkaitan Hartanah MAIS

801822602 1370593335215305 6860678213517617122 n 1
SHAH ALAM, 9 September 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan daripada Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) pada 8 September lepas.
 
Delegasi KHSB yang terdiri daripada lima orang pegawai dan diketuai oleh Encik Edi Zuhri bin Abd Rahim, Ketua Pegawai Operasi, KHSB, bertujuan mendapatkan maklumat dan peluang kerjasama berkaitan hartanah yang ada di MAIS yang berpotensi untuk dibangunkan secara terancang, berstruktur dan berdaya maju serta selaras dengan objektif pembangunan dan kepentingan MAIS.
 
Puan Hajah Norlaili Mohamad, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, mengalu-alukan kehadiran delegasi KHSB dan seterusnya mempengerusikan sesi lawatan tersebut.
 
Dalam sesi berkenaan, Puan Hajah Norlaili turut berkongsi maklumat berkaitan hartanah yang ada di MAIS. Sesi turut disusuli dengan soal jawab serta pertukaran pandangan, khususnya berkaitan pengurusan hartanah.
 
Turut hadir dalam perbincangan ialah Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Kanan Sektor Ekonomi dan Pembangunan Sosial MAIS dan Encik Mohd Huzairi Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan) Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
 
Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuh serta mengeratkan hubungan dua hala antara MAIS dan KHSB.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search