PROGRAM EKSPLORASI FLORA DAN FAUNA “KEMBARA MENYUSURI ALAM” – SANTUNI PELATIH PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS & AADK

PROGRAM EKSPLORASI FLORA DAN FAUNA “KEMBARA MENYUSURI ALAM” – SANTUNI PELATIH PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS & AADK

803103328 1384512586645938 5373463358904271962 n
HULU SELANGOR, 10 September 2026 – Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK telah menganjurkan Program Eksplorasi Flora dan Fauna “Kembara Menyusuri Alam” yang melibatkan seramai 45 orang pegawai dan pelatih di Santuari Ikan Sungai Chiling, Hulu Selangor pada 9 September lepas.
 
Program diketuai oleh Ustaz Muhammad Zulhusni bin Abdul Rashid, Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran secara langsung kepada pelatih melalui aktiviti penerokaan alam semula jadi, di samping membentuk jati diri, memupuk semangat kerjasama serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar.
 
Turut hadir dalam menjayakan program ialah Encik Mohamad Azwan bin Abu Bakar, Ketua Daerah Perikanan Hulu Selangor serta pegawai pengiring daripada Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Hulu Selangor.
 
Sepanjang program, para peserta berpeluang meneroka keindahan alam semula jadi, mengenali kepelbagaian flora dan fauna serta menghayati keunikan ekosistem sungai. Aktiviti tersebut turut memberi ruang kepada klien untuk membina keyakinan diri, meningkatkan ketahanan fizikal dan mental serta mengamalkan nilai kerjasama dalam kumpulan.
 
Program ini turut menjadi medium dalam menerapkan penghayatan terhadap kebesaran dan keindahan ciptaan Allah SWT, sekali gus memupuk rasa syukur serta kesedaran dalam diri klien terhadap tanggungjawab memelihara dan menghargai alam sekitar.
 
Penganjuran program seumpama ini diharap dapat menyokong usaha pemulihan secara holistik dengan membentuk klien yang lebih positif, berdisiplin, berdaya tahan dan bersedia untuk kembali menyumbang kepada masyarakat.
 
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search