KUNJUNGAN HORMAT TV ALHIJRAH KE MAIS
KUNJUNGAN HORMAT TV ALHIJRAH KE MAIS
SHAH ALAM, 14 September 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan hormat TV AlHijrah dalam usaha memperkukuh hubungan strategik serta meneroka ruang kerjasama antara kedua-dua pihak.
Kunjungan yang diketuai oleh Tuan Haji Saifulizan bin Sidek, Pengurus Besar Kumpulan Integrasi Media dan Hal Ehwal Korporat, TV AlHijrah bersama tiga pegawai lain itu disambut oleh Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS.
Pertemuan tersebut antaranya membincangkan perkara berkaitan kebenaran kutipan derma, selain mengenal pasti peluang kerjasama yang dapat dilaksanakan secara lebih berkesan antara TV AlHijrah dan MAIS.
Hadir sama, Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS dan Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS.












