BAHAGIAN SYARIAH DAN BANTUAN GUAMAN MAIS TURUT SERTA DALAM PROGRAM PERSIDANGAN PENDAFTAR-PENDAFTAR MUALLAF NEGERI SELANGOR 2026
BAHAGIAN SYARIAH DAN BANTUAN GUAMAN MAIS TURUT SERTA DALAM PROGRAM PERSIDANGAN PENDAFTAR-PENDAFTAR MUALLAF NEGERI SELANGOR 2026
KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2026 – Bahagian Syariah dan Bantuan Guaman (BSBG), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) turut serta dalam Program Persidangan Pendaftar-Pendaftar Muallaf Negeri Selangor yang telah berlangsung di Hotel Tamu, Kuala Lumpur pada 3 Oktober lepas.
Penyertaan seramai lebih 50 orang yang terdiri daripada Pendaftar Muallaf, Pegawai Tadbir Agama serta Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk dari seluruh Negeri Selangor. Persidangan ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh kefahaman dan perkongsian ilmu berkaitan pengislaman kanak-kanak dan pengurusan muallaf, khususnya dalam mendepani isu-isu perundangan yang semakin kompleks dan mencabar.
Dalam sesi perkongsian, Puan Puteri Ummi Kartini Abd Latiff, Ketua Bahagian Syariah dan Bantuan Guaman (BSBG), MAIS telah menyampaikan tajuk “Pengislaman Kanak-Kanak, Isu Perundangan dan Cabaran Semasa”. Selaras dengan usaha memperkukuh khidmat sokongan kepada golongan muallaf, BSBG MAIS turut menyediakan perkhidmatan guaman syarie secara percuma bagi membantu mengendalikan kes-kes berkaitan muallaf di Negeri Selangor.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen MAIS dalam memastikan golongan muallaf mendapat akses kepada khidmat nasihat dan bantuan perundangan yang sewajarnya, di samping memperkukuh penyampaian perkhidmatan syariah kepada masyarakat secara menyeluruh.











