MAIS TERUS SANTUNI ASNAF RIQAB PROGRAM ILAJ DAN REHAB SIRI 2 TAHUN 2026 PERKUKUH KEPULIHAN KATEGORI DADAH
MAIS TERUS SANTUNI ASNAF RIQAB PROGRAM ILAJ DAN REHAB SIRI 2 TAHUN 2026 PERKUKUH KEPULIHAN KATEGORI DADAH
KLANG, 27 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al-Riqab (BPAR), Sektor Pembangunan Sosial telah menjayakan Program Ilaj & Rehab Siri 2 Tahun 2026 bertemakan “Langkah Hijrah: Kehidupan Lama Kepada Kehidupan Baharu” yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Oktober 2026 bertempat di Premiere Hotel, Klang.
Program ini melibatkan seramai 30 orang asnaf Riqab kategori dadah yang terdiri daripada Rumah Pemulihan Riqab (RPR) sebagai salah satu usaha intervensi pemulihan bagi membantu peserta mengekalkan kepulihan, mengenal pasti faktor risiko relapse, mengurus emosi dan tekanan serta memperkukuhkan amalan psikospiritual Islam sebagai sumber kekuatan diri.
Majlis Perasmian Penutup Program Ilaj & Rehab Siri 2 Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS. Turut hadir bersama Ustaz Fadzirul Akmal Bin Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Al-Riqab, MAIS.
Penganjuran program ini diharapkan dapat membantu para asnaf Riqab untuk terus istiqamah dalam proses pemulihan, membina jiwa yang lebih kukuh serta meningkatkan keupayaan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan.













