BANTUAN GUAMAN SYARIE KONSULTASI PERUNDANGAN

BANTUAN GUAMAN SYARIE

A) BANTUAN GUAMAN SYARIE 
(Perkhidmatan sebagai Peguam Syarie yang bertindak mewakili pemohon yang berkelayakan bagi kes di Mahkamah Syariah Negeri Selangor)

  1. BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI UMUM
  2. BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI MUALLAF
  3. BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI PELAKSANAAN DAN PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ANAK

KONSULTASI PERUNDANGAN

B) KONSULTASI PERUNDANGAN (Perkhidmatan konsultasi perundangan secara percuma kepada masyarakat Islam)
 
  1. K-GUAM
  2. BERSEMUKA

BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI UMUM

Khidmat bantuan guaman syarie bagi klien (orang awam) yang berkelayakan bagi kes mal di Mahkamah Syariah di Negeri Selangor.
  1. Warganegara Malaysia
  2. Bermastautin di Negeri Selangor
  3. Jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun) mestilah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan
  4. Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan
  5. Lulus temuduga penilaian wajar
  1. Permohonan cerai biasa
  2. Cerai fasakh
  3. Cerai khul’ (tebus talaq)
  4. Cerai ta’liq
  5. Pengesahan lafaz cerai
  6. Pengesahan lafaz ruju’
  7. Poligami ( hanya mewakili defendan sahaja)
  8. Nusyuz
  9. Wali hakim
  10. Wali enggan
  11. Faraq nikah
  12. Pengesahan nikah
  13. Pengesahan sah taraf anak
  14. Tuntutan nafkah anak
  15. Tuntutan tunggakan nafkah anak
  16. Tuntutan ubah perintah nafkah anak
  • Senarai semak di Lampiran A dan Borang Permohonan Khidmat Guaman Syarie di Lampiran B

BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI MUALLAF

Khidmat bantuan guaman syarie bagi muallaf yang berkelayakan bagi kes mal di Mahkamah Syariah Negeri Selangor.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bermaustatin di Negeri Selangor
  3. Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan
  4. Lulus temuduga penilaian wajar
  1. Semua kes mal di Mahkamah Rendah Syariah (MRS), Mahkamah Tinggi Syariah (MTS), Mahkamah Rayuan Syariah (MRys).
  • MUAT TURUN Senarai semak dan Borang Permohonan Bantuan Guaman Muallaf

BANTUAN GUAMAN SYARIE KATEGORI PELAKSANAAN DAN PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ANAK

Khidmat bantuan guaman syarie bagi permohonan melalui Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bermastautin di Negeri Selangor
  3. Jumlah pendapatan kasar tidak melebihi RM4,000.00 sebulan
  4. Mendapat sokongan dari Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.
  5. Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan
  6. Lulus temuduga penilaian wajar
  • MUAT TURUN Senarai semak dan Borang Permohonan Bantuan Guaman (Pelaksanaan/Penguatkuasaan Perintah Nafkah)

K- GUAM

Perkhidmatan konsultasi perundangan Sivil dan Syariah  melalui platform atas talian oleh Peguam bela, Peguam cara dan Peguam Syarie yang bekerjasama dengan MAIS.

  1. Beragama Islam
  2. Bermastautin di Negeri Selangor
  3. Mengisi lengkap borang atas talian
  • ISI Borang Permohonan K-Guam disini.

BER SEMUKA

Perkhidmatan konsultasi perundangan syariah secara bersemuka oleh Pegawai MAIS
Hadir terus ke alamat Waktu urusan

Bahagian Undang-Undang Syariah
Sektor Undang-Undang
Tingkat 6, Menara Selatan
Bangunan Sultan Idris Shah
Seksyen 5, 40000 Shah Alam
No. Telefon :03-55143643

ISNIN SEHINGGA KHAMIS : 
8.30 PG – 12.00 TGH
2.30 PTG – 4.30 PTG

JUMAAT :
8.30 PG – 12.05 TGH
2.45 PTG – 4.00 PTG

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor