FORUM PERDANA BAITULMAL MAIS SEMPENA BULAN DAKWAH FARAID NEGERI SELANGOR 2026 DI MASJID DARUL EHSAN
FORUM PERDANA BAITULMAL MAIS SEMPENA BULAN DAKWAH FARAID NEGERI SELANGOR 2026 DI MASJID DARUL EHSAN
SUBANG JAYA, 17 Julai 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal telah mengadakan Program Forum Faraid Negeri Selangor 1448H/2026M sempena Bulan Dakwah Faraid Negeri Selangor 2026 dengan kerjasama Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya pada 16 Julai lepas.
Â
Forum Perdana ini disampaikan oleh panel yang berpengalaman iaitu Tuan Ahmad Termizi bin Abdullah, Pegum Bela, Peguam Cara dan Peguam Syarie Tetuan Termizi & Co dan Ustaz Haji Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Daerah, Sektor Baitulmal MAIS dan dikendalikan oleh moderator Ustaz Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan, Pendakwah Bebas.
Â
Turut hadir dalam program ini ialah Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS, Encik Ahmad Helmi bin Abd Sukor @ Rahmat, Ketua Bahagian Tadbir Urus Korporat MAIS selaku Pengerusi Masjid Darul Ehsan dan Encik Mohamad Shahril bin Ritin, Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Â
Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu memberi pendedahan dan kesedaran kepada jemaah yang hadir dalam hal-hal pengurusan harta Islam dengan baik dan menjadikan MAIS sebagai rujukan utama.
Â
Ayuh rancang & urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan yang disediakan untuk permohonan wasiat, hibah atau pusaka dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:
Sebarang pertanyaan, hubungi di talian +6010-251 9556 (Whatsapp) atau info lanjut, sila layari:















