MAIS TAMPIL HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KAMPUNG BUDIMAN, MERU
MAIS TAMPIL HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KAMPUNG BUDIMAN, MERU
MERU, 26 November — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini tampil menghulurkan bantuan sumbangan Agihan Fidyah MAIS berjumlah RM7,992.00 kepada 36 buah keluarga yang terjejas akibat banjir di Kampung Budiman, Meru.
Â
Setiap ketua keluarga menerima kotak makanan kering berupa beras, gula,minyak masak,tepung gandum, susu, bihun, kicap, sos, biskut, makanan dalam tin dan minuman coklat.
Â
Sumbangan bantuan menggunakan peruntukan wang Fidyah MAIS bertujuan membantu meringankan tekanan dan kesulitan yang dihadapi mangsa yang terlibat.
Â
Majlis penyampaian bantuan disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Al-Falah Kampung Budiman, Meru.
Â
MAIS berharap sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat memastikan mangsa cukup makanan serta meringankan kos perbelanjaan pembelian makanan harian.
Â
Turut hadir ialah Dr. Hajah Norraini Nordin, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, MAIS; Tuan Hassan Idris, Penghulu Mukim Bukit Raja, Encik Shahril Ritin, Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling, Lembaga Zakat Selangor; Encik Muhammad Zubair Azizan, Pengurus Operasi, Yayasan Islam Darul Ehsan.
Orang ramai yang ingin membuat bayaran dan taksiran fidyah boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi
Â














