HALATUJU KELESTARIAN HAL EHWAL ISLAM SELANGOR (HATIS)

 

 

 

Hala Tuju Kelestarian Hal Ehwal Islam Selangor (HATIS) 2025–2030 merupakan pelan strategik MAIS berteraskan visi “Mendaulatkan Syiar Islam” melalui misi Melaksana Amanah, Menjunjung Titah dan Memperkasa Ummah. Ia memacu transformasi pentadbiran Islam Selangor melalui enam teras strategik yang merangkumi aspek perundangan, ekonomi, pendidikan, kebajikan, masjid dan tadbir urus bagi memperkukuh kemajuan ummah secara menyeluruh.

 

 

 

 

INFORMASI HATIS

Visi dan Misi HATIS

Visi

MENDAULATKAN SYIAR ISLAM

Bagi mencapai visi yang dinyatakan, HATIS 2025–2030 telah menyusun secara sistematik gerak kerja di semua peringkat bagi memastikan hala tuju dan perancangan yang disediakan dapat memandu secara jelas kepada semua pihak berkepentingan dalam mencapai sasaran kecemerlangan yang dipersetujui.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah As-Saff, ayat 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, di dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”

Misi

MELAKSANA AMANAH, MENJUNJUNG TITAH, MEMPERKASA UMMAH

Tiga elemen utama yang berkaitan dengan tanggungjawab dan peranan organisasi ini:

1. MELAKSANA AMANAH
Organisasi Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Selangor perlu melaksanakan tugas dan kewajipan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan Hadith dengan penuh kesungguhan, integriti dan kebertanggungjawaban.

2. MENJUNJUNG TITAH
Kepatuhan dan penghormatan terhadap titah DYMM Sultan Selangor yang dilaksanakan oleh Organisasi Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Selangor.

3. MEMPERKASA UMMAH
Organisasi Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Selangor perlu menjalankan inisiatif dan usaha berterusan bagi memperkukuhkan serta memperkasakan masyarakat Islam, merangkumi aspek pendidikan, ekonomi, sosial dan kebajikan untuk mengangkat martabat kecemerlangan “Umat Islam Negeri Selangor”.

6 TERAS STRATEGIK

  • Perundangan dan Kehakiman Syariah

  • Zakat, Wakaf dan Sumber Am

  • Pendidikan, Aqidah, Dakwah dan Kekeluargaan

  • Masjid, Surau dan Pembangunan Ummah

  • Kebajikan dan Ekonomi Ummah

  • Tadbir Urus dan Kecemerlangan Organisasi

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search