Hala Tuju Kelestarian Hal Ehwal Islam Selangor (HATIS) 2025–2030 merupakan pelan strategik MAIS berteraskan visi “Mendaulatkan Syiar Islam” melalui misi Melaksana Amanah, Menjunjung Titah dan Memperkasa Ummah. Ia memacu transformasi pentadbiran Islam Selangor melalui enam teras strategik yang merangkumi aspek perundangan, ekonomi, pendidikan, kebajikan, masjid dan tadbir urus bagi memperkukuh kemajuan ummah secara menyeluruh.