IFTAR BERSAMA 195 PELATIH RUMAH AL-RIQAB

IFTAR BERSAMA 195 PELATIH RUMAH AL-RIQAB

642417207 1304728431572353 141329843809265586 n
 
Februari 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf Riqab di Rumah Pemulihan Riqab iaitu Rumah Sahabat, Hulu Langat, Selangor.
 
Majlis ini dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Salasiah binti Hanin Hamjah, Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS. Beliau dalam ucapannya menyatakan objektif Program Iftar Rumah Pemulihan Riqab ini meraikan penghuni Asnaf Riqab di Rumah-Rumah Pemulihan Riqab sempena Bulan Ramadhan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan MAIS terhadap proses pemulihan mereka.
 
Peserta yang terlibat dalam program adalah seramai 195 orang melibatkan 5 buah Rumah Pemulihan Riqab antaranya ialah Rumah Perlindungan Dan Bimbingan Wanita Bayt Al Rahmah, Rumah Bela Insan, Pertubuhan Insan Permata Disayangi, Rumah Solehah Ampang dan Rumah Kebajikan PERKID.
 
Majlis ini bertujuan membina hubungan yang responsif di antara MAIS dengan Rumah Pemulihan Riqab MAIS di Daerah Hulu Langat bagi menghidupkan budaya sunnah berbuka puasa dan solat secara berjemaah.
 
Turut hadir YBhg. Tan Sri Hashim Meon; Pengerusi Ahli Lembaga (Penasihat) Rumah Sahabat, Puan Hajah Norlaili Mohamad, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Dr. Hajah. Norraini Nordin, Pengarah Kanan Ekonomi & Pembangunan Sosial MAIS.
 
Hadir sama Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Tuan Nazir bin Mohamad, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Selangor, Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif; Ketua Bahagian Pemulihan Ar-Riqab, dan Encik Asyraf Amri, Pengurus Rumah Sahabat, serta Pegawai-Pegawai dari Bahagian Pemulihan Ar- Riqab, MAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search