JAKEL SUMBANG KARPET BAHARU UNTUK SURAU WISMA MAIS SEKSYEN 3
JAKEL SUMBANG KARPET BAHARU UNTUK SURAU WISMA MAIS SEKSYEN 3
SHAH ALAM, 22 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengucapkan jutaan penghargaan kepada Gedung Tekstil JAKEL Shah Alam atas perkongsian rezeki menyumbang karpet untuk surau di bangunan Wisma MAIS Seksyen 3 di sini.
Sebelum ini, karpet di surau ini agak lusuh dan kurang selesa digunakan oleh penghuni di sini dan dalam proses baik pulih dan menaiktaraf surau ini.
Hasil lawatan Pengerusi MAIS, YAD Dato Setia Senator Salehuddin Saidin pada 23 April lalu, beliau menyarankan agar usaha untuk menambahbaik karpet ini perlu dilaksanakan segera dan disarankan agar dimohon kepada syarikat JAKEL di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka agar memberi sedikit sumbangan bagi memasang karpet di surau berkenaan.
Usaha ini disambut baik oleh Gedung Tekstil JAKEL Shah Alam dan bersetuju menyumbang karpet di surau ini.
Kini, Surau Wisma MAIS Seksyen 3 tampil dengan wajah baharu, lengkap dengan karpet yang selesa, memberikan keselesaan kepada penghuni untuk beribadah dan mengimarahkan surau.
Kebanyakkan penghuni di sini, mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada JAKEL atas dan sumbangan yang amat bermakna ini.
SHAH ALAM, 10 Mac – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato...Berita Penuh
SHAH ALAM, 10 Mac – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato...Berita Penuh
BANTING, 7 Mac 2026 – Duli Yang Maha Mulia (DYMM)...Berita Penuh
PETALING JAYA, 7 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SUNGAI BULOH, 6 Mac 2026 – Duli Yang Maha Mulia...Berita Penuh










