KUNJUNG HORMAT PENGERUSI MAIS KE KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR
KUNJUNG HORMAT PENGERUSI MAIS KE KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR
Shah Alam, 26 Januari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin telah mengadakan kunjung hormat ke Kediaman Rasmi Menteri Besar.
Kehadiran YAD Senator Dato’ Setia disambut mesra oleh YAB Dato’ Seri Amiruddin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.
Kunjung hormat ini adalah perbincangan untuk pemantapan hal ehwal Islam termasuk berkaitan untuk memantapkan ekosistem wakaf di negeri Selangor.
Turut hadir dalam perbincangan ini adalah Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; SS Dato Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah JAIS dan Ustaz Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).










