LAWATAN DAN RAMAH MESRA ISTERI-ISTERI ORANG BESAR DAERAH NEGERI SELANGOR KE BAITUL EHSAN

LAWATAN DAN RAMAH MESRA ISTERI-ISTERI ORANG BESAR DAERAH NEGERI SELANGOR KE BAITUL EHSAN

691655091 1361288199249709 4024815292235397088 n 1
SABAK BERNAM, 4 Mei – Majlis Agama Islam Selangor melalui Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah menerima kunjungan daripada isteri-isteri Orang Besar Daerah (OBD) Negeri Selangor.
 
Delegasi lawatan seramai 24 orang termasuk lapan orang isteri Orang Besar Daerah (OBD) Negeri Selangor hadir dalam kunjungan tersebut. Turut hadir ialah isteri Pegawai Daerah Sabak Bernam, Pn. Siti Fasihah binti Norman merangkap Ketua PUSPANITA Sabak Bernam bersama pegawai pengiring dari Pejabat Daerah Sabak Bernam.
 
Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Y.Bhg. Dr. Norraini binti Nordin, Pengarah Kanan Ekonomi dan Pembangunan Sosial MAIS bersama beberapa pegawai Baitul Ehsan.
 
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para tetamu mengenai peranan, fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Rumah Pemulihan Majlis (RPM) MAIS khususnya di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan. Para tetamu turut beramah mesra bersama pelatih dan anak pelatih di samping meninjau fasiliti yang disediakan oleh pihak MAIS bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai kemudahan dan persekitaran yang menyokong proses pemulihan secara berkesan.
 
Selain itu, taklimat ringkas berkenaan Baitul Ehsan serta sesi penyerahan cenderahati telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Norraini binti Nordin. Secara keseluruhannya, kunjungan ini bukan sahaja menjadi platform perkongsian pengalaman bersama para tetamu, malah turut mencerminkan komitmen berterusan MAIS dalam memperkasa sistem pemulihan sosial wanita melalui pendekatan kolaborasi yang berimpak tinggi.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search