LAWATAN RASMI SETIAUSAHA MAIS KE BAITUL IMAN DAN BAITUL ISLAH MAIS

LAWATAN RASMI SETIAUSAHA MAIS KE BAITUL IMAN DAN BAITUL ISLAH MAIS

568658477 18518012740064155 2338955936328123549 n
HULU SELANGOR, 23 Oktober 2025 – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini telah mengadakan lawatan ke Rumah Pemulihan Majlis (RPM) iaitu Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman MAIS dan Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK pada 21 Oktober lepas.
 
Antara pengisian dalam lawatan ke RPM pada kali ini ialah untuk melihat keadaan semasa perjalan pusat pemulihan dan mendapatkan maklumat terkini berhubung pentadbiran dan isu-isu semasa di Baitul Iman dan Baitul Islah.
 
Baitul Iman dan Baitul Islah adalah merupakan Rumah Pemulihan Majlis yang diselia di bawah Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS.
 
Baitul Islah mendapat kerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi memberi pemulihan, rawatan dan perlindungan penagih dadah yang dijangkiti HIV.
 
Manakala Baitul Iman pula adalah sebuah pusat pemurnian akidah dan akhlak terutama bagi lelaki.
Turut hadir ialah Dr Hajah Norraini Nordin, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Puan Mazlina Osman, Penguasa Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman MAIS dan Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK.
 
Semoga lawatan rasmi ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan komitmen dan iltizam warga pusat dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab terhadap masyarakat.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search