MAIS AGIH FIDYAH KEPADA 100 PENERIMA DI MASJID NURUL HUDA, KG KENANGAN

MAIS AGIH FIDYAH KEPADA 100 PENERIMA DI MASJID NURUL HUDA, KG KENANGAN

650176058 18547405882064155 3162478417442618278 n
PUCHONG, 13 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus komited melaksanakan tanggungjawab sosial menerusi Program Agihan Fidyah kepada golongan yang memerlukan dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Nurul Huda, Kampung Kenangan, hari ini.
 
Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha MAIS, Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini.
 
Sebanyak 100 kotak makanan asas bernilai keseluruhan RM22,785.00 telah diagihkan kepada 100 penerima dalam kalangan asnaf fakir dan miskin di kawasan berkenaan.
 
Kotak makanan asas tersebut mengandungi keperluan makanan harian seperti beras, tepung, gula, susu serta pelbagai barangan asas lain bagi membantu meringankan beban penerima dalam memenuhi keperluan makanan harian.
 
Selain penyampaian sumbangan di masjid, program turut disusuli dengan Lawatan Mahabbah Ziarah ke dua buah rumah asnaf yang berhampiran.
 
Lawatan ini bertujuan meninjau sendiri keadaan kehidupan penerima serta menyampaikan sumbangan secara langsung kepada mereka yang uzur dan tidak dapat hadir ke majlis.
 
Inisiatif ziarah ini mencerminkan pendekatan turun padang MAIS dalam memastikan kebajikan asnaf sentiasa dipantau dan disantuni secara berterusan, selaras dengan aspirasi memperkukuh kesejahteraan ummah di Negeri Selangor.
 
Turut hadir dalam program tersebut ialah wakil-wakil daripada jabatan serta agensi yang bernaung di bawah MAIS, antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search