MAIS ANJUR PROGRAM KESEDARAN DAN PEMULIHAN KESALAHAN JENAYAH JUVANA

MAIS ANJUR PROGRAM KESEDARAN DAN PEMULIHAN KESALAHAN JENAYAH JUVANA

543666207 18508372618064155 3583327313226962661 n
HULU SELANGOR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman MAIS telah mengadakan ceramah kesedaran bertajuk “Kesan Jenayah Juvana dari Sudut Undang-undang” pada 29 Ogos lepas.
 
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Nor Azila binti Mohamed Sheriff, Ketua Balai Polis Hulu Yam. Melalui ceramah ini, pendedahan mengenai kesan serta implikasi jenayah juvana dari perspektif undang-undang dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelatih tentang kepentingan menjauhi salah laku jenayah.
 
Majlis turut disempurnakan dengan penyampaian cenderahati oleh Puan Mazlina binti Osman, Penguasa Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman sebagai tanda penghargaan kepada penceramah jemputan.
 
Semoga ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada para pelatih berkenaan dengan impak aktiviti jenayah juvana kepada diri sendiri.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search