MAIS GOTONG-ROYONG DAN AGIH 4,000 BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN

MAIS GOTONG-ROYONG DAN AGIH 4,000 BUBUR LAMBUK SEMPENA RAMADHAN

78815571 e2cc 4dbf b7d4 d6daa8c46f17
SHAH ALAM, 5 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menganjurkan program gotong-royong memasak dan mengagihkan sebanyak 4,000 bungkusan bubur lambuk sempena Ramadhan di Masjid Al-Ikhlas hari ini yang disempurnakan pelancarannya oleh Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS.
 
Program bertujuan sebagai inisiatif MAIS untuk mengimarahkan bulan Ramadhan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di samping berkongsi rezeki dengan komuniti setempat.
 
Kerjasama erat antara MAIS dan rakan strategik ini mencerminkan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam menyantuni masyarakat, sekali gus menyemarakkan keberkatan bulan Ramadhan.
 
Daripada jumlah keseluruhan 4,000 bungkusan tersebut, sebanyak 1,000 bungkusan merupakan sumbangan dan edaran oleh MAIS, manakala selebihnya disumbangkan melalui rakan strategik.
 
Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) serta Media Selangor yang bersama-sama berganding bahu dalam penyediaan dan pengagihan bubur lambuk.
Menariknya lagi, edaran bubur lambuk turut diagihkan kepada masyarakat setempat yang berdekatan.
 
Hadir sama ialah Encik Edi Zuhri Abdul Rahim, Ketua Pegawai Operasi KHSB; Encik Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree, Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor; Ustaz Muhammad Harith Azizi Mohd Zaidi, Pengurus Masjid Al-Ikhlas dan Puan Gan Pei Nei, Ketua Pegawai Eksekutif YAWAS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search