MAIS MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH PEMASYHURAN DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR SEBAGAI CANSELOR UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

MAIS MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH PEMASYHURAN DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI SELANGOR SEBAGAI CANSELOR UNIVERSITI ISLAM SELANGOR

518272175 1123591416352723 9164326588105063972 n
 
KAJANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor sebagai Canselor yang pertama di Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Selangor (UIS) kali ke-27.
 
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin sebagai Canselor Universiti Islam Selangor yang baharu.
 
Seterusnya Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan mengurniakan watikah pelantikan Pro-Canselor I iaitu Yang Amat Dihormati Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi MAIS diikuti Yang Amat Dihormati Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Ahli Dewan Diraja Selangor sebagai Pro-Canselor II.
 
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam titahnya turut berkenan melancarkan penjenamaan semula Pusat Konvokesyen UIS sebagai Dewan Sultan Idris Shah, UIS.
 
MAIS berharap, UIS akan sentiasa mengekalkan momentum kecemerlangan sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dan memaksimumkan penghasilan pelajar yang cemerlang malahan berkualiti dalam bidang profesional dan hebat di sisi agama.
 
UIS, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam milik penuh MAIS yang ditubuhkan di bawah Akta IPT Swasta (IPTS) 1996. UIS yang sebelum ini ialah Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR), kemudian dinaik taraf ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang ditubuhkan pada tahun 1995 dan seterusnya dinaik taraf kepada universiti penuh bermula tahun 2022.
 
UIS menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Program-program ini telah mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan merangkumi pelbagai bidang seperti Pengajian Islam, Undang-undang, Perniagaan, Perbankan Islam, Industri Halal, Pendidikan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat selaras dengan keperluan pasaran dan perkembangan global.
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search