MAIS SANTUNI 101 MANGSA BANJIR SELANGOR, AGIHAN FIDYAH MAIS (KOTAK MAKANAN) BERNILAI RM22,422.00

MAIS SANTUNI 101 MANGSA BANJIR SELANGOR, AGIHAN FIDYAH MAIS (KOTAK MAKANAN) BERNILAI RM22,422.00

587925744 18525350473064155 2554435174816536177 n
SUNGAI KANDIS, 27 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyantuni 101 mangsa banjir di kawasan yang terlibat dengan mengagihkan sumbangan fidyah berupa bantuan kotak makanan kering bernilai keseluruhan RM22,422.00 di sini.
 
Daripada jumlah keseluruhan RM22,422.00, sebanyak RM7,992.00 diperuntukkan kepada 36 orang penerima di kawasan Meru dan RM14,430.00 kepada 65 orang penerima di kawasan Sungai Kandis, Shah Alam melibatkan keseluruhan sebanyak 101 orang penerima mangsa banjir.
 
Kesemua penerima di kalangan ketua keluarga yang terkesan menerima bantuan kotak makanan kering bernilai RM222.00.
 
Setiap ketua keluarga menerima kotak makanan kering berupa beras, gula,minyak masak,tepung gandum, susu, bihun, biskut, makanan dalam tin dan minuman coklat.
 
Sumbangan kotak makanan menggunakan peruntukan wang fidyah MAIS bertujuan menyantuni mangsa yang terkesan akibat banjir di samping memenuhi maslahah ummah terutama dalam membantu berkaitan keperluan mangsa bagi meringankan bebanan mereka.
 
Majlis penyampaian sumbangan hari ini disempurnakan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS di Dewan MBSA, Sungai Kandis, manakala bagi penyampaian bantuan di kawasan Meru telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS pada 26 November 2025.
 
MAIS berharap sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat memastikan mangsa mempunyai makanan serta meringankan kos perbelanjaan pembelian makanan harian.
 
Orang ramai yang ingin membuat bayaran dan taksiran fidyah boleh melayari laman web MAIS di www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search