MAIS TANGANI MASALAH SOSIAL, SALUR RM19.4 JUTA BIMBING 15,288 ASNAF RIQAB
MAIS TANGANI MASALAH SOSIAL, SALUR RM19.4 JUTA BIMBING 15,288 ASNAF RIQAB
CYBERJAYA, 20 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyalurkan sebanyak RM19,487,000.00 dari peruntukan zakat asnaf riqab sepanjang tahun 2024 bagi membantu dan membimbing seramai 15,288 golongan terbabit yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan dan pencegahan selain pelbagai bantuan lain supaya mereka kembali ke pangkal jalan.
Â
Peruntukan RM19.4 juta diberikan berdasarkan sumbangan geran pemulihan kepada Rumah Pemulihan Riqab, Program Kursus dan Latihan Asnaf Riqab, Perkhidmatan Pembimbing Riqab dan Sumbangan Kebajikan Asnaf Riqab termasuk program-program pemulihan dan pencegahan yang dilaksanakan oleh tiga Rumah Pemulihan Majlis dan 26 Rumah Pemulihan Riqab di bawah MAIS yang berperanan membantu pemulihan mereka yang dibelenggu oleh masalah sosial dan akidah sehingga menghalang mereka menjalani kehidupan sempurna sebagai Islam.
Â
Manakala pada tahun 2025 sebanyak RM18,442,400 diperuntukkan bagi tujuan ini. Setakat Jun 2025, MAIS telah menyantuni 2,160 golongan asnaf riqab di Negeri Selangor melalui bimbingan dan bantuan kebajikan bagi golongan terbabit. MAIS juga telah melantik seramai 168 orang Pembimbing Al Riqab bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar dan diredhai.
Â
Asnaf riqab merupakan seseorang yang terbelenggu dengan masalah sosial dan masalah Aqidah antaranya seperti penagihan dadah, sumbang mahram, lesbian,gay,biseksual dan transgender (LGBT), orang Islam yang terpesong agama, terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat, serta lain-lain pecahan jenis asnaf Riqab sepertimana yang telah difatwakan pada tahun 2012.
Â
Bagi memperkukuhkan inisiatif pemulihan serta memberi peluang umat Islam mendekati golongan asnaf riqab, MAIS mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Bulan Pembebasan Al Riqab 2025 yang diadakan bermula 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2025 bagi tujuan memberikan informasi terkini berkaitan pemulihan asnaf Al-Riqab di negeri Selangor.
Â
Pelancaran Kempen Bulan Pembebasan Riqab 2025 disempurnakan hari ini oleh Prof Dr. Salasiah Hanin Hamjah, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS dalam program Seminar Hijrah Merdeka dengan tema ‘Kemerdekaan Tanpa Roh’ dan Majlis Perasmian Kempen Bulan Pembebasan Riqab Tahun 2025.
Â
Pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kempen berlangsung antaranya ialah Forum Riqab, Ceramah Informasi Asnaf Riqab, Program Bimbingan Asnaf Riqab, Kaunter Penerangan Riqab, Ihtifal Amal Islami Rumah Pemulihan Riqab dan Seminar Riqab Negeri Selangor.
Â
Sebagai pihak berkuasa utama dalam pengurusan Hal Ehwal Islam di Negeri Selangor, adalah menjadi tanggungjawab MAIS dalam melaksanakan program-program kesedaran dan pemulihan melibatkan masalah sosial dan aqidah.
MAIS berharap, penganjuran kempen ini dapat menyediakan ruang dan informasi kepada umat Islam agar dapat mengenali asnaf riqab dengan lebih dekat serta cakna dengan masalah akidah dan gejala sosial yang berlaku kini.
Â
Umat Islam yang ingin mendapatkan informasi lanjut berhubung aktiviti kempen ini bolehlah mengikuti perkembangan di platform media sosial MAIS dan laman sesawang rasmi
Â













