MAIS TERIMA KUNJUNGAN DARI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
MAIS TERIMA KUNJUNGAN DARI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
SHAH ALAM, 2 Oktober 2025-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diketuai oleh Tuan Mohd Khaidzir bin Shahari, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama empat orang anggota dari divisyen kutipan LZS.
Delegasi disambut mesra oleh Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS dan seterusnya mempengerusikan perbincangan.
Kunjungan kali ini bertujuan meningkatkan kolaborasi antara
MAIS dan LZS bagi meluaskan lagi dakwah berkaitan kewajipan menunaikan zakat.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan LZS.
Turut hadir ialah Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha MAIS (Operasi); Dr. Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar&Pengurusan) MAIS, Encik Suhaimi Ismail, Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan, MAIS dan Pn. Noormala Mohd Saad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, MAIS.












