MAIS TERIMA LAWATAN DARI IKIM
MAIS TERIMA LAWATAN DARI IKIM
SHAH ALAM, 11 Ogos- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bertujuan meneroka peluang bagi melebarluaskan skop kerjasama antara MAIS dan IKIM.
Â
Delegasi seramai 10 orang diketuai oleh Prof Madya Dato Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM disambut mesra oleh Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini,Setiausaha MAIS.
Â
Antara cadangan pihak IKIM dalam melebarluaskan skop kerjasama IKIM dan MAIS adalah penerbitan rancangan podcast, produksi video korporat dan penerbitan dokumentari Islamik.
Â
Dalam perkembangan yang sama, pihak IKIM turut berkongsi maklumat berkaitan profil IKIM dan produk perkhidmatan.
Â
Turut hadir mewakili MAIS ialah Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS; Encik Mohd Hafiz bin Abdul Salam, Pengurus Penyelidikan MAIS dan Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS.
Â












