MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIDAM

MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIDAM

628270014 18537385483064155 4756983544804877147 n
SHAH ALAM, 4 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
 
Delegasi seramai 10 orang telah hadir ke MAIS diketuai oleh YM Tengku Mohamad Hafiz Tg Hashim Badli, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal)
MAIDAM bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan wasiat dan terimaan hasil sumber am
di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini pengurusan Baitulmal di MAIDAM.
 
Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal mengalu-alukan kehadiran delegasi dari MAIDAM.
 
“Terima kasih kepada pihak MAIDAM, semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam.
 
“Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dan MAIDAM dalam menguruskan harta umat Islam selari dengan hukum syarak,”katanya.
 
Turut hadir mewakili MAIS ialah Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS dan Ustaz Mohamad Salleh Abd Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran MAIS.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search