MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIWP

MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIWP

526700057 18502648987064155 4615494196202603049 n
SHAH ALAM, 30 Julai-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertujuan membincangkan peluang kerjasama dan perancangan pembangunan antara MAIWP dan MAIS.
 
Delegasi seramai sembilan orang diketuai oleh Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP disambut mesra oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS.
 
Antara lain dalam lawatan adalah perbincangan kerjasama yang melibatkan hal ehwal agama Islam dari aspek ancaman akidah, pemerkasaan undang-undang, pembangunan ekonomi, pengurusan harta baitulmal dan pemerkasaan kutipan& agihan berhubung zakat dan wakaf.
 
Dalam perkembangan yang sama, Tuan Syed Kamarulzaman, Pengerusi MAIWP turut berkongsi maklumat dan pengurusan operasi di MAIWP.
 
“Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat terutama dalam memperkasakan institusi agama Islam negeri-negeri dengan mempelbagaikan inovasi dan pembaharuan yang akan dilaksanakan,”kata Pengerusi MAIS.
 
Turut hadir mewakili MAIS ialah Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; Dr Hajah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar&Pengurusan) MAIS; Puan Hajah Norlaili binti Mohamad, Penasihat Undang-Undang, MAIS; Encik Zaharudin Salim, Pengarah Strategi Korporat MAIS dan Encik Zaharuddin bin Kadiron
Pengarah Teknologi Maklumat, MAIS.
 
Hadir sama ialah Encik Mohd Khaidzir Shahari, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Ustaz Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
 

Add Your Heading Text Here

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search