MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIS
MAIS TERIMA LAWATAN DARI MUIS
SHAH ALAM, 26 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bertujuan mendapatkan maklumat berhubung struktur organisasi dan perjawatan di MAIS termasuk perjawatan di Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Â
Delegasi seramai 23 orang diketuai oleh Encik Mohd Hanafiah Hamzah, Ketua Pegawai Sumber Manusia MUIS disambut mesra oleh Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini,Setiausaha MAIS dan mengalu-alukan kehadiran delegasi.
Â
“Terima kasih kepada pihak MUIS, semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat bersama terutama dalam pelaksanaan struktur organisasi perjawatan di MUIS,”kata Setiausaha MAIS.
Â
Antara lain, Puan Nor Shafinas Buang, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MAIS berkongsi maklumat berhubung struktur organisasi dan perjawatan di MAIS dan Ustaz Ahmad Solehin Maryakon, Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan perjawatan di bahagian agensi tersebut.
Â
Pihak MUIS mengucapkan penghargaan terima kasih kepada MAIS atas layanan dan kerjasama yang diberikan.
Â
Turut hadir mewakili MAIS ialah Dr Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar dan Pengurusan); Encik Suhaimi Ismail, Pengarah Khidmat Pengurusan; Puan Noor Azira Haji Yunus, Ketua Bahagian Pelaburan & Pengurusan Dana dan Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS.
Â












