MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERSATUAN INSAN CINTA UMMAH
MAIS TERIMA LAWATAN DARI PERSATUAN INSAN CINTA UMMAH
SHAH ALAM, 20 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Persatuan Insan Cinta Ummah bertujuan membincangkan hasrat berkolaborasi dalam program sosial untuk menyemarakkan lagi syiar Islam di Selangor.
Lawatan seramai empat orang diketuai Dato’ Nurol Huda Mas’on, Pengerusi Persatuan Insan Cinta Ummah disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Turut serta mewakili MAIS ialah Tuan Haji Shah Ruddin Haji Abd Hamid, Pengarah Ekonomi dan wakil pegawai Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik antara MAIS dan Persatuan Insan Cinta Ummah.
SHAH ALAM, 10 Mac – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato...Berita Penuh
SHAH ALAM, 10 Mac – Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato...Berita Penuh
BANTING, 7 Mac 2026 – Duli Yang Maha Mulia (DYMM)...Berita Penuh
PETALING JAYA, 7 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SUNGAI BULOH, 6 Mac 2026 – Duli Yang Maha Mulia...Berita Penuh












