MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS SETIAUSAHA MAIS BAHARU
MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS SETIAUSAHA MAIS BAHARU
SHAH ALAM, 16 Julai – YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah menyaksikan penyerahan Nota Serah Tugas daripada Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar kepada Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS yang baharu.
Tuan Haji Mohd Sabirin dilantik sebagai Setiausaha MAIS yang baharu berkuat kuasa 16 Julai 2025 menggantikan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar yang menamatkan tempoh perkhidmatan.
Majlis yang berlangsung di Bilik Pengerusi MAIS ini menandakan penyerahan rasmi jawatan Setiausaha MAIS dan penghargaan terhadap sumbangan penyandang terdahulu dalam memperkukuh tadbir hal ehwal agama Islam di Selangor.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai pengurusan tertinggi MAIS.














