MAIS TERUS BANTU MANGSA BANJIR YANG TERJEJAS

MAIS TERUS BANTU MANGSA BANJIR YANG TERJEJAS

589533453 18526851445064155 2665994818554149271 n
HULU LANGAT, 7 Disember – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus membantu mangsa banjir yang terjejas terutama di daerah Hulu Langat hari ini.
Sumbangan RM31,878.00 diperuntukkan kepada 54 orang penerima di kawasan Dusun Nanding dan 45 orang penerima di kawasan Kg Sungai Serai menjadikan keseluruhan sebanyak 99 penerima mangsa banjir yang terjejas.
 
Turut menyumbang ialah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), anak syarikat MAIS berjumlah RM9,900.00.
 
Semua penerima di kalangan ketua keluarga yang terkesan menerima bantuan sumbangan fidyah berupa kotak makanan kering bernilai RM222.00.
 
Setiap ketua keluarga menerima kotak makanan kering berula beras, gula, minyak masak, tepung gandum, susu, bihun, biskut, makanan dalam tin dan minuman coklat.
 
Selain itu, penerima menerima sumbangan YIDE berjumlah RM100.00 setiap seorang.
 
Sumbangan bertujuan menyantuni mangsa yang terkesan akibat banjir di samping memenuhi maslahah ummah terutama dalam membantu berkaitan keperluan mangsa bagi meringankan beban mereka.
 
Majlis penyampaian sumbangan hari ini disempurnakan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS di Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding di sini.
 
Pada masa yang sama, sesi penyampaian sumbangan turut diadakan di Masjid Al-Ehsan, Kg Sungai Serai.
MAIS berharap sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat memastikan mangsa mempunyai makanan serta meringankan kos perbelanjaan pembelian makanan harian.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search