MAIS TERUS SANTUNI ASNAF RIQAB – PROGRAM SUSTAINABILITY AFTER CARE KELUARGA SAKINAH

MAIS TERUS SANTUNI ASNAF RIQAB – PROGRAM SUSTAINABILITY AFTER CARE KELUARGA SAKINAH

846770598 2028561854510998 3917703053497441516 n 1

KLANG, 15 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al-Riqab (BPAR), Sektor Pembangunan Sosial telah menjayakan Program Program Sustainability After Care (Keluarga Sakinah) Tahun 2026 bertemakan “Keluarga Kukuh, Pemulihan Utuh” yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Premiere Klang.

Program ini melibatkan seramai 10 orang asnaf Riqab kategori dadah dan HIV bersama 20 org ahli keluarga. Program ini salah satu usaha meningkatkan hubungan, daya tahan dan Komitmen keluarga dalam menyokong kesinambungan pemulihan asnaf Riqab. Selain itu, dapat melahirkan keluarga yang lebih memahami, prihatin dan saling menyokong, seterusnya mewujudkan persekitaran yang kondusif agar asnaf Riqab dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik, stabil dan istiqamah dalam proses perubahan.

Majlis Perasmian Penutup Program Sustainability After Care (Keluarga Sakinah) Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial, MAIS. Turut hadir bersama Ustaz Fadzirul Akmal Bin Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Al-Riqab, MAIS.

Penganjuran program ini diharapkan dapat membantu para asnaf Riqab untuk terus istiqamah dalam proses pemulihan, membina jiwa yang lebih kukuh serta meningkatkan keupayaan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan.

#mais #MenjunjungAmanah #maissantunianda

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search