MAJLIS PERASMIAN MASJID AN-NUR DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1447H

MAJLIS PERASMIAN MASJID AN-NUR DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1447H

648797027 1311561837555679 1404831257329443870 n
BANTING, 7 Mac 2026 – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan hadir Majlis Perasmian Masjid An-Nur dan Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H bagi daerah Kuala Langat.
 
Baginda yang diiringi Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan merasmikan Masjid An-Nur yang terletak di Kampung Kanchong Tengah, Banting.
 
Majlis bersempena program Ihya’ Ramadhan Daerah Kuala Langat serta Sambutan Nuzul Al-Quran 1447H. Masjid An-Nur seluas 1.5 ekar dan mampu menampung sehingga 300 jemaah ini telah siap dibina pada 1 Januari 1982 dengan kos sebanyak RM600,000.
 
Majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari; Pengerusi MAIS, Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin; Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Dr. Haji Anhar Haji Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad menyaksikan sebanyak RM247,500 diagihkan kepada 495 asnaf yang terdiri daripada 242 orang fakir, 221 orang miskin dan 32 muallaf.
 
DYMM Sultan Sharafuddin kemudian turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan Solat Sunat Tarawih bersama asnaf dan penduduk di sekitar daerah Kuala Langat.
 
Kredit : Jabatan Agama Islam Selangor
 
 
 
 
 
 
 
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search