IFTAR BERSAMA 90 PELATIH RUMAH AL-RIQAB
IFTAR BERSAMA 90 PELATIH RUMAH AL-RIQAB
SHAH ALAM, 2 Mac 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf Riqab di Rumah Pemulihan Riqab iaitu Rumah Puteri Arafiah, Shah Alam.
Â
Majlis ini dirasmikan oleh Dr. Norraini Nordin, Pengarah Kanan Ekonomi dan Pembangunan Sosial, MAIS. Beliau dalam ucapannya menyatakan objektif Program Iftar Rumah Pemulihan Riqab ini meraikan penghuni Asnaf Riqab di Rumah-Rumah Pemulihan Riqab sempena Bulan Ramadhan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan MAIS terhadap proses pemulihan mereka.
Â
Peserta yang terlibat dalam program adalah seramai 90 orang melibatkan 8 buah Rumah Pemulihan Riqab antaranya ialah Rumah Darul Wardah, Rumah Safiyyah, Rumah PAKATS, Rumah Kebajikan Darul Islah, Rumah Usrah Fitrah, Rumah Hidayah Insani, Rumah Darul Ukhwah, Rumah Penawar Alam Jaya dan Rumah Penjagaan Damai.
Â
Majlis ini bertujuan membina hubungan yang responsif di antara MAIS dengan Rumah Pemulihan Riqab MAIS di Daerah Petaling bagi menghidupkan budaya sunnah berbuka puasa dan solat secara berjemaah.
Â
Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datin Seri Masdiana Binti Muhamad, Pengerusi Rumah Puteri Arafiah.
Â
Hadir sama Ustaz Suhaimi Ismail; Pengarah Pembangunan Sosial dan Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif; Ketua Bahagian Pemulihan Ar-Riqab, Puan Jamaliah Abu Rohan; Pengurus Rumah Puteri Arafiah serta Pegawai-Pegawai dari Bahagian Pemulihan Ar- Riqab, MAIS.
Â
Â
Â
Â














