MAJLIS PERASMIAN PUSAT PENGEMBANGAN TURATH NUSANTARA
MAJLIS PERASMIAN PUSAT PENGEMBANGAN TURATH NUSANTARA
PETALING JAYA, 20 Julai-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang diwakili oleh Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS hari ini telah menghadiri Majlis Perasmian Pusat Pengembangan Turath Nusantara (PETUNAS) di Petaling Jaya hari ini.
Â
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato Johary Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN).
Â
Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIS atas kerjasama dalam menyediakan tempat untuk aktiviti Pusat Pengembangan Turath Nusantara di negeri Selangor.
Â
‘Saya bagi pihak kerajaan negeri ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pihak MAIS yang telah memberi peluang kepada Pusat Pengembangan Turath Nusantara menjalankan aktiviti agama di sini.’ Ujarnya.
Â
Sebelum ini, pihak MAIS telah meluluskan pihak PETUNAS untuk menggunakan bangunan hak milik MAIS bagi menjalankan aktiviti pengajian turath dan kerohanian yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak PETUNAS.
Â
Turut memberi ucapan penghargaan terima kasih ialah Sheikh Dr. Mohammad Akram Nadwi, Sheikh Dr. Idris al-Kharsyafi dan Sheikh Dr. Majd Makki.
Turut hadir YBhg. Dato’ Ir. Haji Saipolyazan bin Md Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated, YBhg. Ir. Tuan Haji Shukri bin Haji Ishak, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Tuan Haji Shah Ruddin bin Haji Abdul Hamid, Pengarah Ekonomi MAIS dan Pegawai dari Majlis Agama Islam Selangor.
Â
















