MESYUARAT MAIS BIL.2/2026: Pemerkasaan Tadbir Urus Hal Ehwal Islam Selangor

MESYUARAT MAIS BIL.2/2026: Pemerkasaan Tadbir Urus Hal Ehwal Islam Selangor

654722120 18548209300064155 592185502890806356 n
SHAH ALAM, 16 Mac 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan Mesyuarat MAIS bilangan yang kedua bagi tahun 2026 yang dipengerusikan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi MAIS.
 
Seramai 21 orang Anggota MAIS hadir mesyuarat kali ini yang membincangkan pelbagai hal ehwal agama Islam di Selangor.
 
Agenda pemerkasaan hal ehwal Islam di Negeri Selangor terus menjadi teras utama MAIS untuk mengorak langkah dalam meningkatkan syiar Islam dengan gerak kerja yang lebih tersusun dan efisyen.
 
Semoga melalui usaha ini, hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor sentiasa diutamakan dan MAIS akan terus mengorak langkah dalam meningkatkan syiar Islam dengan gerak kerja yang lebih tersusun dan efisyen.
 
Antara Anggota MAIS yang hadir ialah YAD Tan Sri Dato Setia Mazlan Mansor, Timbalan Pengerusi MAIS; YAD Dato’ Setia Dr Haji Anhar Haji Opir, Sahibus Samahah Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan YB Dr. Mohamad Fahmi Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi.
Hadir sama dalam mesyuarat ialah pengurusan tertinggi MAIS dan Ketua Jabatan berkaitan.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search