PENGERUSI MAIS HADIR KE MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM MALAYSIA (MKI) KALI KE 75
PENGERUSI MAIS HADIR KE MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL ISLAM MALAYSIA (MKI) KALI KE 75
PUTRAJAYA, 29 September 2026 – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin telah menghadiri Mesyuarat MKI kali ke 75 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur Lah pagi ini.
Dalam titah perutusan, Baginda mengingatkan betapa peri pentingnya konsep syura dan adab dalam bertukar-tukar idea atau membincangkan sesuatu perkara sebelum sesuatu keputusan dibuat yang membawa kebaikan bersama. Disamping itu, Baginda turut menekankan tentang adab yang merupakan asas penting dalam pembentukan peribadi seorang Muslim.
Sebelum Mesyuarat MKI berlangsung, Baginda telah perkenan menyampaikan watikah pelantikan Ahli MKI kepada YAD Tan Sri Dato’ Setia Mohd Zawawi bin Salleh (Anggota MAIS merangkap Ahli Dewan Diraja Selangor) berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2026 hingga 31 Julai 2028.













