PENGERUSI MAIS RASMI KARNIVAL MAHABBAH MASJID MUNAWWARAH- SERAH SUMBANGAN WAKAF RM50 RIBU

PENGERUSI MAIS RASMI KARNIVAL MAHABBAH MASJID MUNAWWARAH- SERAH SUMBANGAN WAKAF RM50 RIBU

731366008 1658536528585113 8366626439750809563 n
SHAH ALAM, 26 Jun 2026 – YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diundang untuk merasmikan Program Karnival Mahabbah Masjid Munawwarah, Seksyen 27, Shah Alam yang berlangsung selama tiga hari bermula 26 Jun sehingga 28 Jun 2026.
 
Kehadiran beliau disambut baik oleh Nazir Masjid, YBrs. Encik Mohd Azizan bin Mohd Selamat dan ahli jawatankuasa masjid, termasuk pihak pengurusan daripada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM yang turut hadir untuk beramah mesra bersama Pengerusi MAIS.
 
Pengerusi MAIS dalam ucapannya menggalakkan budaya solat berjemaah di samping menyarankan agar pelbagai program komuniti terus diadakan, terutamanya yang melibatkan golongan remaja.
 
Di samping itu, beliau turut menekankan kepentingan menjaga semangat perpaduan sesama jemaah bagi mengelakkan timbulnya sentimen negatif dalam kalangan ahli kariah.
 
Dalam program yang sama, Pengerusi MAIS bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah menyampaikan gimik penyerahan cek cura bernilai RM50,000.00 sebagai sumbangan kepada pihak masjid untuk kegunaan menukar karpet di aras dua bangunan tersebut.
 
Antara pengisian menarik sepanjang tiga hari karnival tersebut adalah program From Slaughter to Cuisine, Exploreace: Jelajah Ilmu, Malam Mahabbah Rasul, dan pelbagai aktiviti keagamaan serta kemasyarakatan yang lain.
 
Turut hadir dalam program ini YBrs. Tuan Haji Anuar Hamzah bin Haji Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif, PWS, YBrs. Prof. Dr. Amer Shakir bin Zainol, Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa) UiTM dan YBrs. Prof. Dr. S. Salahudin bin Suyurno, Dekan Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search