PENGERUSI MAIS RASMI MAJLIS KONVOKESYEN KE-24 AKADEMI LITERASI AL-QURAN SELANGOR
PENGERUSI MAIS RASMI MAJLIS KONVOKESYEN KE-24 AKADEMI LITERASI AL-QURAN SELANGOR
SHAH ALAM, 16 Ogos–Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus komited memartabatkan pendidikan al-Quran apabila Pengerusinya, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin hari ini merasmikan Majlis Konvokesyen Ke-24 Akademi Literasi Al-Quran Selangor bertempat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Majlis konvokesyen kali ini meraikan kejayaan 275 orang graduan pengajian bersijil yang menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang, merangkumi Talaqqi al-Quran (Peringkat Menengah dan Asas), Asas Bahasa Arab serta Hafazan al-Quran.
Menerusi ucapan perasmiannya, YAD Senator Dato’ Setia Pengerusi MAIS menzahirkan penghargaan tinggi atas usaha gigih Akademi Literasi al-Quran Selangor dalam memperkasa dan memperluas agenda literasi al-Quran di seluruh negeri Selangor secara berterusan.
Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Literasi Al Quran Negeri Selangor merangkap Sahibus Saadah Pengarah JAIS, YBhg Dato’ Muhammad Farhan bin Wijaya Setiausaha Jawatankuasa Literasi Al-Quran Negeri Selangor merangkap Sahibul Fadhilah Imam Besar dan YBrs. Ustaz Abu Dzar bin Adanan Pengurus Literasi al-Quran Negeri Selangor.














