PENGERUSI MAIS RASMIKAN FESTIVAL AL-BARZANJI DAN MARHABAN KALI KE-3 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
PENGERUSI MAIS RASMIKAN FESTIVAL AL-BARZANJI DAN MARHABAN KALI KE-3 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM, 3 Oktober – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Sadin telah hadir merasmikan Festival Al-Barzanji dan Marhaban Kali Ke-3 Peringkat Negeri Selangor 1448H yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.
Ketibaan Pengerusi MAIS disambut mesra oleh Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, YBhg. Dato’ Muhammad Farhan bin Wijaya.
Penganjuran festival ini bertujuan bagi memastikan warisan al-Barzanji dan marhaban terus dikenali, dihargai, serta diwarisi oleh generasi semasa dan akan datang. Tradisi ini mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat Islam kerana kandungannya sarat dengan pujian, selawat, kisah kelahiran, sirah, serta keperibadian mulia Rasulullah SAW.
Terdapat 7 kumpulan peserta lelaki dan 12 kumpulan peserta wanita. Pemenang festival pada kali ini membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 iaitu terdiri dari kumpulan Soutul Makmuriah untuk perserta lelaki dan kumpulan Nurul Jihad dari peserta wanita.
Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad.













