PENGERUSI MAIS SANTUNI JEMAAH DALAM MAJLIS IFTAR DIMASJID ARA DAMANSARA

PENGERUSI MAIS SANTUNI JEMAAH DALAM MAJLIS IFTAR DIMASJID ARA DAMANSARA

645644201 1308629144515615 8827819519069193986 n
Petaling Jaya, 3 Mac – Seramai 200 orang penerima dalam kalangan asnaf telah menerima manfaat menerusi Program Agihan Fidyah anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang berlangsung di Masjid Nurul Ehsan di sini.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS.
 
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pengurusan fidyah merupakan satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh integriti, ketelusan dan ihsan agar hak golongan asnaf sentiasa terbela.
 
Menurut beliau, agihan fidyah bukan sekadar penyampaian bantuan kewangan, bahkan merupakan manifestasi keprihatinan umat Islam terhadap saudara-saudara yang memerlukan. “Fidyah yang ditunaikan oleh pembayar adalah amanah.
 
MAIS komited memastikan setiap sen disalurkan secara sistematik, berimpak dan sampai kepada golongan yang benar-benar layak,” ujar beliau.
 
Pada program kali ini, jumlah keseluruhan agihan yang disalurkan adalah sebanyak RM45,570.00 yang memberi manfaat kepada 200 penerima yang terdiri daripada golongan fakir, miskin serta individu yang memerlukan bantuan segera bagi meringankan beban kos sara hidup.
 
Penerima asnaf fakir miskin sekitar kawasan itu menerima kotak makanan asas bernilai RM227.85 setiap seorang.
 
Selain penyampaian agihan di masjid, program turut disusuli dengan Lawatan Mahabbah Ziarah ke dua buah rumah asnaf yang berhampiran. Lawatan tersebut bertujuan meninjau keadaan kehidupan penerima serta menyampaikan sumbangan secara langsung kepada mereka yang uzur dan yang tidak dapat hadir ke majlis.
 
Inisiatif ziarah ini mencerminkan pendekatan turun padang MAIS dalam memastikan kebajikan asnaf sentiasa dipantau dan disantuni secara berterusan, selaras dengan aspirasi memperkukuh kesejahteraan ummah di Negeri Selangor.
 
Turut hadir dalam program tersebut wakil-wakil dari jabatan dan juga agensi yang bernaung di bawah MAIS seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Program berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari dalam suasana penuh tertib dan harmoni, dengan harapan agar agihan yang disampaikan dapat memberikan kelegaan serta sinar harapan kepada para penerima menjelang bulan-bulan mendatang.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search