PENGERUSI MAIS SANTUNI KARIAH SURAU TAMAN BUKIT SAGA, SHAH ALAM

PENGERUSI MAIS SANTUNI KARIAH SURAU TAMAN BUKIT SAGA, SHAH ALAM

855519789 1043191942096192 1814938918810512122 n

SHAH ALAM, 20 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus memperkukuh jalinan ukhuwah bersama masyarakat menerusi penganjuran Program Turun Padang dan Solat Subuh Berjemaah di Surau Taman Bukit Saga, Shah Alam, awal pagi tadi.

Kehadiran Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin seawal waktu Subuh disambut mesra oleh Pengerusi Surau, YBrs. Tuan Haji Zakaria bin Daud bersama para Ahli Jawatankuasa (AJK) dan jemaah setempat.

Program ini diadakan sebagai platform mesra bagi mendekatkan kepimpinan MAIS dengan masyarakat, di samping menyediakan ruang interaksi terus untuk mendengar maklum balas serta aspirasi ahli jemaah.

Seusai solat Subuh berjemaah, majlis diteruskan dengan amanat yang disampaikan oleh Pengerusi MAIS yang menekankan tentang kepentingan memelihara perpaduan dan persaudaraan sesama umat Islam. Beliau turut menyaran agar AJK surau lebih kreatif dan proaktif dalam merangka aktiviti berimpak tinggi bagi menarik minat serta penglibatan golongan muda ke surau.

Turut hadir memberikan sokongan dalam program tersebut ialah Mufti Selangor, YAD Dato’ Seri Utama Diraja Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, serta Encik Abdul Ghaffar bin Ab Ghani, Pegawai Khas Pengerusi MAIS.

#MAISsantuniAnda #MAIS #MenjunjungAmanah

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search