PENGERUSI MAIS TERIMA KUNJUNG HORMAT DEKAN FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG UIS
PENGERUSI MAIS TERIMA KUNJUNG HORMAT DEKAN FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG UIS
SHAH ALAM, 6 Februari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin menerima kunjungan hormat daripada Dr. Khairul Anuar bin Ahmad, Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Islam Selangor (UIS).
Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan potensi kerjasama strategik antara FSU UIS dan MAIS dalam menyokong peranan MAIS sebagai badan berautoriti dalam penggubalan dasar berkaitan pemerkasaan perundangan serta pembangunan sistem sosial Islam di negeri Selangor.
Semoga kerjasama strategik ini dapat direalisasikan dan seterusnya memberi manfaat berterusan kepada pembangunan institusi Islam serta kesejahteraan ummah di negeri Selangor.












