PENGERUSI MAIS TURUT HADIR LAWATAN KE MENARA MERDEKA 118
PENGERUSI MAIS TURUT HADIR LAWATAN KE MENARA MERDEKA 118
SHAH ALAM, 16 Disember – YAD Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang juga merupakan Ahli Dewan Di-Raja Selangor turut menghadiri lawatan bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke Menara Merdeka 118.
Â
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.
Â
Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), YAD Engku Setia Lela Bestari Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB, YBhg. Dato’ Abdul Rahman Ahmad.
Â
Seusai lawatan di tingkat 118 untuk menyaksikan pemandangan 360 darjah Kuala Lumpur, delegasi turut dibawa ke tingkat 116X untuk merasai pengalaman berdiri di atas Glass Box dan seterusnya ke pejabat PNB di tingkat 92, sebelum disembah maklum dengan taklimat ringkas mengenai Merdeka 118 di tingkat 91.
Â
Turut hadir menyertai lawatan ialah Ahli-Ahli Dewan Di-Raja Selangor.
Â
Shah Alam, 26 Januari – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor...Berita Penuh
SHAH ALAM, 26 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
SELAYANG, 25 Januari 2026 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh
CYBERJAYA, 21 Januari 2025-YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin...Berita Penuh
SHAH ALAM, 21 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...Berita Penuh












