PERBINCANGAN KERJASAMA BERSAMA AFFIN ISLAMIC BANK
PERBINCANGAN KERJASAMA BERSAMA AFFIN ISLAMIC BANK
KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal hari ini, mengadakan perbincangan kerjasama rakan strategik bersama pihak Affin Islamic Bank di Menara Affin Bank, Tun Razak Exchange (TRX).
Â
Perbincangan ini diadakan adalah bertujuan berkenaan kerjasama yang dapat dilaksanakan bagi perkhidmatan MAIS wasiat dan hibah, produk MAIS seperti SISWA, eFaraid dan juga mendapat sokongan pihak Affin Islamic Bank bersama-sama mengembangkan nama dan jenama di seluruh Malaysia.
Â
Antara lain dalam perbincangan ini adalah bertujuan membincangkan peluang-peluang kerjasama baharu di masa akan datang termasuk memperkukuhkan ikatan sedia ada di antara MAIS dan Affin Islamic Bank.
Â
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pihak Affin Islamic Bank yang diketuai oleh Tn. Saiful Rizal Abdul Rasid, Ketua Transaksi Perbankan, Bahagian Kumpulan Perbankan Korporat.
Pihak MAIS yang diwakili oleh Encik Zaharuddin bin Salim, Pengarah Strategi Korporat dan daripada Sektor Baitulmal, Ustaz Haji Mohammad Salleh bin Abdul Saha, Ketua Bahagian Dakwah Pemasaran, Ustaz Ahmad Firdaus bin Muhammad, Penolong Pengurus, Encik Muhammad Fazli bin Azhar, Eksekutif Pemasaran.
Â
Semoga usaha sama ini dapat dijayakan dan berkerjasama dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam hal-hal pengurusan harta berlandaskan hukum syarak.
Â
Info lanjut, sila layari:













