RERUAI PERKHIDMATAN MAIS DI HALAL OPEN DAY
RERUAI PERKHIDMATAN MAIS DI HALAL OPEN DAY
SHAH ALAM, 4 Oktober 2025 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyertai reruai di Program Halal Open Day anjuran Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam pada 4 Oktober 2025 dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Penyertaan ini menampilkan pameran perkhidmatan pelbagai agensi dan jabatan selain turut disertai oleh para usahawan yang mempromosikan produk tempatan halal kepada orang awam.
Orang ramai berpeluang mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan MAIS menerusi reruai penerangan dan sesi soal jawab bersama pegawai-pegawai MAIS.
YAD Senator Dato’ Setia Salehuddin bin Saidin, Pengerusi MAIS turut mengunjungi reruai MAIS sejurus selepas menyempurnakan majlis perasmian program ini.
Turut hadir YB Tuan Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor; YBhg. Dato’ Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Pengarah JAIS; YAD Tan Sri Dato’ Setia Mohd Zawawi bin Salleh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Halal Negeri Selangor dan YBhg. Datin Paduka Norazlin binti Zakaria Ahli Jawatankuasa Halal Negeri Selangor merangkap Anggota MAIS.
Semoga usaha ini dapat memberi pendedahan dan kefahaman lebih jelas kepada masyarakat mengenai industri halal dan perkhidmatan yang disediakan oleh MAIS.












