SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1447H DAN IFTAR PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS DAN AADK
SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1447H DAN IFTAR PUSAT PEMULIHAN BAITUL ISLAH MAIS DAN AADK
HULU SELANGOR, 17 Mac 2026 — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Pusat Pemulihan Baitul Islah di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menganjurkan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Tahun 2026/1447H dan iftar bersama pelatih dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada 11 Mac lepas.
Majlis yang diadakan sebagai usaha mengimarahkan bulan Ramadhan serta memperingati peristiwa agung penurunan Al-Quran.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Norlaili Mohamad, Timbalan Setiausaha Operasi MAIS. Turut hadir bersama barisan Kluster Pelawat Baitul Islah, pegawai dan kakitangan Baitul Islah dan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Selain pengisian kerohanian sempena sambutan Nuzul Al-Quran, majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan baju raya kepada para pelatih Pusat Pemulihan Baitul Islah sebagai persediaan menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Di samping itu, sumbangan kotak fidyah turut diagihkan kepada seramai 50 keluarga pelatih AADK Daerah Hulu Selangor sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan mereka.
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak MAIS dan AADK di samping memberi impak positif kepada para pelatih dalam usaha membentuk sahsiah diri yang lebih baik serta kembali kepada kehidupan yang lebih sejahtera.










