SESI DAILOG BERSAMA PIBK-ERATKAN HUBUNGAN UKHWAH
SESI DAILOG BERSAMA PIBK-ERATKAN HUBUNGAN UKHWAH
SHAH ALAM, 4 Februari – YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbesar hati mengadakan sesi dialog secara langsung bersama Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) bagi mengeratkan lagi hubungan ukhwah MAIS bersama PIBK.
Â
Majlis ini melibatkan seramai 30 PIBK yang hadir antaranya Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID).
Â
Majlis diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada PIBK untuk bertukar-tukar pandangan berkaitan hal ehwal Islam di negeri Selangor.
Â
Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha MAIS; SS Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS); Tuan Haji Mohd Khaidzir Shahari, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Tuan Haji Anuar Hamzah Tohar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).
Â
Hadir sama ialah Puan Hajah Norlaili Mohamad, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan Puan Hajah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar&Pengurusan) MAIS.
Â















