MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIWP
MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIWP
BANGI– Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah dijemput sebagai panel dalam Persidangan Ekonomi Halal ANTARABANGSA (IHEC) 2026 bertajuk “Ekonomi Halal Global 2026: Tinjauan Strategik Untuk Pasaran Pesat Berkembang pada 3 Februari.
IHEC 2026 dianjurkan oleh Pembangunan Ekonomi Islam Sedunia (WIED) dan dirasmikan oleh Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri.
Antara perkongsian Setiausaha MAIS berkata, ketika ini, Sektor industri makanan mendominasi sektor-sektor lain sekitar 67% dari pensijilan halal yang dikeluarkan. Bagi tempoh 5 tahun (2019-2013) hanya 60% permohonan pensijilan dapat diluluskan dan ini menunjukkan keperluan persediaan pra permohonan perlu diperkasakan dahulu seperti penyediaan kepatuhan premis, dokumentasi lengkap, bahan mentah & produk, status operasi dan lain-lain.
Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh pengusaha- pengusaha khususnya mikro dan SME adalah untuk menjejak rantaian bekalan bagi sesuatu produk atau perkhidmatan tersebut, ujar beliau lagi.
Persidangan berprofil tinggi ini menghimpunkan wakil kerajaan, pemain industri, institusi kewangan Islam dan ahli akademik dari dalam serta luar negara bagi bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik dan memperluas jaringan strategik ke arah pembangunan industri halal yang lebih mampan dan berdaya saing.
Penglibatan Setiausaha MAIS dalam IHEC 2026 ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem ekonomi halal yang mampan di peringkat nasional dan global.












