SETIAUSAHA MAIS RASMIKAN SIMPOSIUM PENCERAMAH BERTAULIAH NEGERI SELANGOR-ZON PETALING, KLANG DAN KUALA SELANGOR

SETIAUSAHA MAIS RASMIKAN SIMPOSIUM PENCERAMAH BERTAULIAH NEGERI SELANGOR-ZON PETALING, KLANG DAN KUALA SELANGOR

566401639 18516618973064155 5062445400998833836 n
SHAH ALAM, 17 Oktober-Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tuan Haji Mohd Sabirin Mohd Sarbini telah menyempurnakan Perasmian Simposium Penceramah Bertauliah Negeri Selangor bagi Zon Petaling, Klang dan Kuala Selangor pada 16 Oktober 2025 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
 
Simposium diadakan bertujuan sebagai platform perkongsian ilmu serta medan untuk perbincangan yang konstruktif, membina jaringan profesional dan melahirkan idea-idea yang dapat memberi impak yang positif kepada masyarakat dan negara.
 
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan mendapatkan tauliah bagi pengajaran agama Islam di negeri Selangor.
 
“Tauliah memastikan bahawa ilmu yang disampaikan oleh para pendakwah bebas daripada unsur penyelewengan akidah, salah faham syariah, dan kecelaruan dalam masyarakat.
 
Simposium pada kali ini telah mengumpulkan seramai 560 orang Penceramah Bertauliah bagi Daerah Petaling, Daerah Klang dan Daerah Kuala Selangor.
 
Turut hadir dalam majlis perasmian Simposium ialah Ustaz Jafri Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah; Ustaz Mohd Farid Hadi Sharif, PTA Petaling; Ustaz Luqman Mohd Hosni, PTA Klang dan Ustaz Nasrul Hadi Rohani, PTA Kuala Selangor.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search