SETIAUSAHA MAIS SEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEM JATI DIRI DAN KEPIMPINAN ANAK BINA MUSLIMIN
SETIAUSAHA MAIS SEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEM JATI DIRI DAN KEPIMPINAN ANAK BINA MUSLIMIN
Hulu Langat, 20 November – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tuan Haji Mohd Sabirin bin Mohd Sarbini menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kem Jati Diri dan Kepimpinan Anak Bina Muslimin Gabungan Institusi PERKID Malaysia di Kem PERKID Malaysia, Sungai Semungkis, Hulu Langat pada 18 November.
Â
“MAIS komited membantu agensi yang terlibat dalam proses pemulihan ini dengan menyalurkan bantuan geran peruntukan zakat bagi membiayai kebajikan dan rawatan perubatan kepada asnaf,” ujarnya semasa memberikan ucapan.
Â
Kem Jati Diri ini diadakan bertujuan memberikan pendedahan ilmu kepada peserta di kalangan asnaf Riqab menjadi seorang insan yang kuat iman, bersemangat tinggi, kuat jati diri dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Â
Penganjuran kem ini juga melibatkan guru-guru serta jurulatih daripada agensi Kerajaan seperti Akademi Latihan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Polis Diraja Malaysia.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Dato Sri Asri Yusof, Penasihat Bagian Keselamatan PERKID Malaysia; YBhg. Dato Nadzim Johan, Penasihat Strategik dan Pertahanan PERKID Malaysia; Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Al Riqab MAIS dan wakil agensi kerajaan.
Â











