PENGERUSI MAIS TERUS DEKATI MASYARAKAT PENGERUSI MAIS SANTUNI JEMAAH DI DUA MASJID DI PETALING JAYA

PENGERUSI MAIS TERUS DEKATI MASYARAKAT PENGERUSI MAIS SANTUNI JEMAAH DI DUA MASJID DI PETALING JAYA

764056766 1032456202898289 3331996439630944692 n 1
PETALING JAYA, 5 Ogos — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus mengukuhkan ukhuwah bersama masyarakat setempat menerusi penganjuran Program Turun Padang yang berlangsung penuh mesra di dua buah masjid di sekitar Petaling Jaya, semalam.
 
Inisiatif murni ini memperlihatkan kesungguhan MAIS untuk melangkah lebih dekat ke dalam kariah, sekali gus merealisasikan MAIS iaitu, “MAIS Menyantuni Anda”.
 
Kehadiran Pengerusi MAIS, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, menyerikan lagi suasana apabila beliau meluangkan masa menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Al Islamiah, Kampung Lindungan. Ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi Lembaga Tadbir Masjid, Ustaz Mohamad Salleh bin Abd Saha, bersama barisan pengurusan masjid.
 
Program diteruskan ke destinasi kedua bagi menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan. Di sana, beliau disambut mesra oleh Pengerusi Lembaga Tadbir Masjid, Encik Ahmad Helmi bin Abd Sukor, bersama para pegawai dan kakitangan masjid.
 
Menerusi amanatnya, Dato’ Setia Haji Salehuddin menekankan bahawa institusi masjid memegang peranan amat kritikal sebagai ‘duta kecil’ bagi MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). “Masjid bukan sekadar tempat beribadat, malah merupakan wadah penyampaian maklumat yang sahih berkaitan hal ehwal Islam serta nadi utama dalam menyatupadukan umat,” tegas beliau.
 
Program Turun Padang ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada ahli kariah mengenai peranan MAIS sebagai badan pembuat dasar hal ehwal Islam di Selangor, di samping memperkenal fungsi pelbagai jabatan dan agensi di bawah naungannya.
 
Turut mengiringi pengerusi dalam kunjungan mesra tersebut ialah barisan kepimpinan tertinggi MAIS Encik Zaharudin bin Salim Pengarah Strategi Korporat MAIS, Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid Pengarah Baitulmal MAIS, Ustaz Hashim bin Muhamad Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Encik Abdul Ghaffar bin Ab Ghani Pegawai Khas Pengerusi MAIS.
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor
Search